PART 2 : Malam Berinai

Assalamualaikum..

Entry nikah sudah, sekarang jom feeling untuk entry malam berinai pulak. Huehuehue. Majlis Malam Berinai ni diadakan di rumah belah perempuan iaitu rumah yuyu. Memang dah adat bagi family yuyu dari siblings yang first sampai lah yang last ni (yuyu ler tuh) akan buat majlis malam berinai.



Majlis bermula lebih kurang jam 8.30 malam selepas waktu isyak. Di mulakan dengan bacaan doa, berzanji dan selawat. Muda-mudahan majlis malam ni berjalan dengan lancar dan diberkati Allah S.W.T. Aminn.. Sementara para tetamu sedang sibuk dibawah, yuyu pon bersiap-siap untuk dimakeup.




Decoration Pelamin & Makeup by Nurul Bridal

Suka sangat dengan decorations pelamin ni. Love it so much!! Untuk pengetahuan semua, pelamin ni adalah 100% design by yuyu. Yuyu survay internet sikit-sikit dan yuyu design sendiri. Main theme nya adalah Sakura & Garden. Yuyu nak pelamin berkonsepkan taman dan dipenuhi dengan bunga SAKURA!! Nak feeling ala-ala kat korean macam tuh. Hehe.. Dan hasilnya... Alhamdulillah.. Seperti yang diri sendiri inginkan. Thanks to Kak Nor sebab merealisasikan untuk dapat pelamin impian macam ni. Yuyu bagi 100 markah untuk akak! Hehehe.. Untuk bride to be yang masih mencari bridal dan pelamin decorations. Highly recomanded to this bridal. For me, sangat puas hati. :)

Untuk majlis malam berinai ni, yuyu request pada MUA nak makeup yang sangat simple. Tak nak terlalu tebal. Takot nanti macam opera cina sudah. :) Yang penting nampak smooth, simple dan cantiks!


Posing skit depan cermin sambil tunggu si pengantin lelaki datang. Maafkan keobsesan si pengantin ni.. Rock lah konon. Nasib baik still nampak cute lagi. Hoho..

Actually, yuyu decide untuk pakai 2 set persalinan untuk malam berinai ni. Dan gambar kat atas tu adalah persalinan pertama yang yuyu pakai. Masa first time nampak dress ni kat butik terus jatuh cinta sangat-sangat dengan dress ni sebab simple dan fully patch lace with pearls. Oh i love pearls!!! Memang cantik sangat! Terus cakap dengan suami nak pakai dress ni untuk malam berinai. Nasib baik lah suami tak kisah.
Love u oppa!


Masa yang ditunggu dah tiba.. Rasa berdebar sangat sebab nak berhadapan dengan semua orang.

Berarak ke pelamin.. Waktu ni rasa segan sangat sebab kena berhadapan dengan semua orang. 
Malu.. :) Tapi, sedaya upapa sorokkan muka malu tu. 


"Senyum tak perlu kata apa-apa"



Sesi renjis-merenjis berlangsung dan juga sesi ambil gambar dengan keluarga dan jugak sedara-mara. 

Full view dress yang yuyu pakai waktu ni..

:)

Lepas sesi merenjis dan bergambar dengan ahli keluarga siap. Yuyu dengan suami pon bergegas untuk tukar persalinan yang kedua pulak. Sedar tak sedar jam dah menunjukkan dekat 11 malam waktu tu. Tu yang jadi kelam kabut kejap sebabnya risau dekat tetamu malam tu dan (diri sendiri) penat untuk majlis esok harinya. Tapi, alhamdulillah.. semuanya dapat diatasi dengan tenang dan smooth..

Sangat suka dengan pic yang ni. Rasa macam dekat dalam hutan. hhehehe..
Suasana yang sangat cantik!!!

Persalinan untuk yang kedua pulak yuyu dan suami memilih theme tradisional. Tak nak sama dengan dress yang pertama tadi tuh. Jadi, kata sepakat telah ditentukan dan kami memilih "Songket". Dress pertama ala-ala modern style dan yang kedua baju songket. So, balance citarasa. :)



"I Love You Husband"


You and Me.. Forever... (*_^)

Amboi sayang.. tangan kat bawah tu.. macam lah kita tak nampak..

~Our Love Story~








Continue......

Stay Tune....

PART 1 : Solemnization

Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim.. Segala puji bagi Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak yuyu update entry khas dan share pada u all semua tentang detik-detik dan saat manis yuyu waktu majlis pernikahan. Mungkin ada yang tertunggu-tunggu untuk yuyu update entry ni kan.. Huuu. jadi, yuyu tunaikan malam ni.


Nak dijadikan cerita, alhamdulillah dah 2 bulan lebih bergelar seorang isteri kepada suami saya. Hihi.. Sangat seronok sebab bila keluar pergi jumpa kawan-kawan dan sedara-mara. Semua panggil Puan Yuyu. Wahhh.. "puan" giteuww.. Kelasss kau jah! :) Mungkin pembaca blog yuyu semua dah tahu yang yuyu ni memang suka men-DIY. Jadi, yuyu decide full dress untuk majlis nikah nanti yuyu nak DIY sendiri. Hurmm best3..

So, mulalah kerja menyelak majalah sana, selak majalah sini.. Google sana, google sini nak cari design baju apa yang tengah trend-in dan yang berkenan dihati. Dan of course menampakkan kesopanan dan kesusilaan.. Honestly, lebih kurang setahun jugak yuyu planning untuk design baju nikah ni. Maklumlah, nafsu wanita. nampak design ni cantik, nak yang ni.. nampak design tu pulak cantik.. nak yang tu pulak.. Sobs3.. Ngeh..ngeh..

Full Dress Nikah yang designer nya adalah yuyu sendiri..
Boleh tengok full entry dekat SINI dan SINI..

Ni lah full dress nikah yuyu. Abaikan muka si pengantin tu. Dalam hati dah bercampur baur. Nervous!!

Back to the stories, diatas persetujuan kedua-dua belah family mertua dan family yuyu. Majlis Pernikahan dibuat pada waktu pagi. Lebih kurang jam 10 pagi macam tu lah. Lokasi adalah di Masjid Jamek Pasir Gudang. Ikut kehendak hati ni, nak nikah lepas isyak tapi, mak yuyu tak bagi sebab orang semua sibuk nak rewang-merewang.. Tok kadi pon tak free kalau buat malam. Tapi, tak pelah.. Nikah malam ke, siang ke, sebelum subuh ke, yang penting semuanya berjalan dengan lancar. Aminn... :)


Make Up by NR Bridal
Videographer by Photophysic Production

Waktu ni, rombongan yuyu baru sampai ke masjid. Rombongan lelaki dah sampai dulu dah. Hihi.. lambat sikit je. Turun je dari kereta, perasaan yuyu dah tak menentu. jadi, nak sembunyikan perasaan tu, cuba buat muka se-cool yang boleh.. senyum tak perlu kata apa-apa.. tapi, mata tercari-cari dimana bakal suamiku. Ihik!!

....................................................................................................

Waktu ni, tok imam tengah bacakan khutbah dan ayat suci al-quran sebelum memulakan majlis. Lama jugak tunggu tok imam tu habis. Naik bersemut kaki yuyu. Dah lah tak boleh duduk lama-lama. Tak boleh gerak-gerak pulak tu. Actually, waktu ni ada sepasangan pengantin jugak yang nikah saing dengan waktu nikah yuyu. Jadi, tok imam tu sekalikan je majlis nikah nya. 

Eh, Entah faham ke tidak si suami ni dok dengarkan tok imam tu baca apa. Harap-harap faham ye sayang. 



Dan akhirnya.........


 Akad nikah berlangsung. Yuyu dinikahkan oleh tok kadi yang berwakil walikan ayah yuyu.
:)


Tik tok..tik tok.. a few minutes will be a wifey. 


Alhamdulillah..

We are Married! 

"Ya Alllah, engkau telah satukan kami dalam ikatan mu yang sah. Bimbinglah kami supaya menjadi hambamu yang lebih bertaqwa.."




I Love this Moment!!

Lepas akad nikah, tok imam suruh pengantin lelaki membaca lafaz-lafaz takliq pada isteri. Bila dengar setiap perkataan yang dilafazkan oleh suami.  Sedih sangat waktu ni., sebab sekarang tanggungjawab yuyu dah beralih kepada suami. Syurga seorang isteri di bawah telapak kaki suami.. 


"Ya Allah, kau bimbing lah suamiku ke jalan yang kau redhai. Supaya dia dapat membimbingku dan juga anak-anak ku menuju jalan syurgamu"





Masa untuk sign borang persetujuan akad nikah.. 




Waktu ni adalah part yang paling sebak dalam hidup yuyu. Waktu suami dah lepas akad nikah. Yuyu dah perasan yang riak wajah ayah yuyu dah lain. Yuyu yakin yang dalam hati dia menangis. :( Macam-macam ayah yuyu pesan kat yuyu. sampai dia sendiri pon teresak-esak. Ya Allah, hanya tuhan je yang tahu perasaan yuyu waktu ni. 

Dear parents,
Thanks for all the things.. 
Thanks for everything..
:(


.....................................................................................................................


Our Ring.. Our Love.. Our Promise.. 
Until Jannah!!!




"Halal Itu Indah"




To my dear Husband,
I'm not your perfect couple,
But I'll promise to be the best WIFE for you..

Love is Marriage..
Marriage is Life.
Life is you & me..

Thanks for being my part, my friends, my love, my husband 
and to be father for our future children...

I love u sayang!!!





To be continued....................



 

Copyright 2013 © ♥Yuliana Wahit♥. Designed by Ayu Barbydol